@>---- Jiwa Harus Kental Walau Hidup Tidak Selalu Indah ----<@

Jumaat

Finally...

hari smlm habis mcm tu je...aku tunggu dan terus tunggu dia menghubungi aku...entah kenape aku semakin tak tahan sedih bile dia lgsg xhubungi aku...aku col kwn aku..akmal kata mungkin dia xde crdt..but at least msg la aku....aku mengharap dia skg berada disisi aku...menenangkan aku...aku tertidur sekejap dgn harapan mungkin dia akn col atau msg sekejap lg...bile aku bgn...jam dah 1.40pg...aku tgk handphone masih xde ape2...ya Allah...dugaan apa yg Kau dah beri pada aku...rse nya berat sgt...kekuatan aku hilg..aku rindu kan dia ya Allah...buatlah sesuatu supaya timbul jawapan di sebalik semua persoalan yg ada dalam kepala aku nih...kenapa Kau bg perasaan syg aku pada dia terlalu kuat ya Allah?? sampai aku xdpt nk menempuh hari2 mendatang tanpa diri dia...smpai aku rse aku xlengkap tanpa dia..adkah dia juga rsa bende yg sama mcm aku?? gelisah mcm aku sbb xdpt hubungi aku kerana mungkin betul kehabisan crdt phone..menangis kerana risau kalau aku pergi kemana2 atau ape jd pada aku????




I'M MISSING YOU, MY LYCAN ;-(


This is what friends are for...

Akhir nya hari ni aku pergi tgk wyg ngn seorg sahabat aku yg sgt baik hati...satu-satu nya member aku yg tinggal and concern pasal aku...lepas duduk selama lima jam di Route 69...aku rse kakak-kakak n mamak2 kt situ dah maki kitorg dah xreti2 nk balik...kawan aku nih sorg walaupun ngntuk sanggup jgk meluangkan masa teman kan aku yg jiwa kacau nih...padahal dia dah xtido satu mlm...tq sayang...


td we all gi tgk movie kt jusco cte Jangan Pandang Belakang Congkak 2...aku xde mood nk tgk wayang...tp kawan aku nih sanggup jgk belanja aku tgk wyg semata2 nk tgk aku gelak...well yeah...cte tu memg lawak habis...n yes la aku gelak...tp pas kuar dri hall aku xgelak dah...sampai dia suh aku senyum...dia ajak aku mkn...aku xnk...smpai ke sudah aku xnk...mcm2 die offer aku...ikan keli, mcd, kfc, nandos, kenny rodgers, rasamas, 1901, ntah ape2 lg lah...sikit pun aku xterliur...ntah la...mulut aku pahit...aku xnk mkn lgsg...bukan aku seksa diri...cme selera aku dah mati....tp aku release sket la bile dah menangis n ketawa td...tq again akmal sayang...



dia lah tmpat aku mengadu kalau aku sedih walau ape pun yg aku sedihkan...sgt memahami walaupun kdg2 annoying sbb die xtawu nk ckp ape2...but she did something dat will make u happy walaupun sikit...thanks again akmal..aku syg ko!!!



nak paksa aku mkn...tp aku sikit pon xjamah...last2 die yg mkn snek tu...hehe..


p/s : mal sorry sbb curi pic ko kt fb sbb aku nk tnjuk gak ko kt blog aku!!!hehe....thanks syg...


Adakah dia jodoh aku????



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.





5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



......

aku xtawu nk ckp ape...aku kt cni...bru jap td aku ngs ats sbb yg aku xtawu aku patut menangis or x..ntah dah brapa kali air mata ini menitis sbb kan die..aku xslh kan dia...tp patut kah aku dikenakan hukuman mcm nih sbbkan kesilapan aku yg dulu...atau dia terlalu ego untuk mengakui perasaan nya masih ada pada aku...atau mungkin dia mmg dah xde hati ngn aku..mgkin sbb dia dah jmpa yg lebih baik dri aku.....aku igt lg bila dia kata ada org len suka kat dia..aku tak kisah kalau ada org suka kan dia...atau sape2 je pompuan kuar ngn dia...as long as mereka kawan2 dia...org kata kalau xjeles mkne nye xsyg...aku xrse bende tu valid skg...sbb nya, aku sygkan die..bukan aku xjeles, tp aku percayakan dia...aku percaya hati die milik aku walau ape pon yg dia buat dan di mana pun dia berada...sbb begitu juga ngn hati aku...walau dgn sape aku berkawan, walau siapa pun yg menyayangi aku selain dia, hati aku tetap milik dia...sbb itu lah tetapan hati aku sejak hari pertama aku memulakan hubungan aku dgn dia...aku menetapkan hati aku percaya pada dia sbb dia bersungguh2....aku setia pada dia walau dengan siapa aku berada...walau pun ada dia antara mereka memendam perasaan pada aku dan aku tahu...jujur aku katakan...aku tetap mencintai nya...tidak sedikit pun hati aku teralih mahupun berubah....

hari ni aku menangis lg...entah kali yang ke berapa aku pon xtawu...berteman sahabat aku yg setia mendengar luahan hati ni...yg ikhlas cuba menggembirakan jiwa aku yg kosong...yg sanggup memaksa aku makan sbb tawu aku dah xmkn sejak semalam...samapai bile aku nk mcm nih aku pun xtawu...aku down sgt...aku byk berfikir nk buat itu nk buat ini....baju2 yg aku sidai kat luar pun budak rumah aku yg ankat kan...bilik aku yg dulu kemas dah bersepah berserabut sama dgn keadaan hati aku sekarang...aku tahu aku xpatut biarkan hal hal mcm nih memberi kesan terhadap pelajaran aku...tp percayalah...ni bukan alasan...aku hilang kekuatan...aku nk bgn lipat baju pun aku xlarat...nak suh aku gi kelas...memg selamat lah x pegi...1 hri suntuk aku memerapkan diri dalam bilik menanti kekasih hati untuk text aku menyatakan keikhlasan nya mencintai aku..kesungguhan nya untuk memiliki aku mcm yg dia pernah lakukan dulu...menunggu dia melaksanakan janji janji nya yg dulu...aku mengharap....akhir nya air mata aku jatuh kerana aku tahu harapan aku tgl harapan...apakah aku dapat meraih semula kasih sayang nya yg kukuh pada aku dulu???


apakah aku akan menangis lagi untuk nya??akan tawar kah perasaan ini untuk dia??ini kah kesudahan nya???adil ke mcm nih???sampai bila kau nk bg aku menangis??aku rse dia sikit pun xpeduli pasal aku....kadang2, aku harapkan aku pengsan...mungkin sbb kena langgar ke, kena pukul ke....ape2 je yg akan menyebabkan aku pengsan....dan aku harap bila aku bgn semua bende yg berlaku nih sbnrnnya xberlaku...dan aku harap sbnrnya aku mimpi dan aku harap skg nih aku bahagia dgn dia....

Ya Allah...aku fhm...aku kena belajar....aku nak sgt bgn dri tempat duduk aku dan mula menelaah subjek yg aku xfhm ape2 lg ni tp...aku xde kudrat untuk itu....kekuatan aku tiada...hilang entah kemana...aku menangis lg...juga sbb dia.....org kata bila dah menangis air mata darah tu mkna nya kau dah kehabisan air mata....mungkin kah aku juga akhirnya akan mengeluarkan air mata darah??aku xmampu berhenti menangis...kalau bukan nampak zahir tangisan aku nih, percayalah bahawa hati aku yg menangis...hati menangis lg pedih dri kita sendiri yg menangis....aku minta maaf kalau sbb kesalahan aku yg membuatkan dia berubah...aku rela lepaskan dia kalau itu yg dia nk...bukn aku nk kata aku mulia...tp aku ikhlas melepaskan dia kalau dia xbahagia ngn aku...dan aku akan lebih gembira melihat senyuman nya walaupun dia bersama org lain...walaupun pada hakikat nya aku sgt merindui saat bahagia bersama dia....dan aku menangis lg......


ya..aku menangis untuk dia...aku menangis kerana aku rindukan dia...aku inginkan dia...bukan org lain...pada yg menyayangi aku, aku minta maaf sgt2 sbb hati nih xmampu menyayangi kamu...kerana rse sayang terlalu kuat untuk dia....dan hati ni xtawu sampai bila akan bertahan mencintai dia......

syg...i really need u...tlg lah...aku xnk hubungan kita habis mcm nih....ape mslh nye...kenape kita xboleh bincang...kenape kita xdpt nk selesaikan mslh kita??? kenape kita xboleh bertolak ansur??? kenapa kita xboleh menggugurkan ego kita untuk menyelamatkan hubungan ni?? masih ada lg kah perasaan tu untuk kita selamatkan hubungan nih????.............aku sayangkan kamu selagi hati ni mempunyai memori kamu....

Khamis

MTV Tilu 'Ku Bukan Aku'




oh shit!! i'm missing him!!


Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu



Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuan ku...

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu



Rabu

The Fins!!!


They are The Fins atau lebih di kenali sebagai Fin Chemistry kat area utara nih...well, dorg nih kwn2 aku...sumpah rse xrugi pon jmpe dorg...even aku xtawu sgt pasal mereka sbb aku jarang di dedahkan atas sebab sebab tertentu, tp aku enjoy dgr dorg punye music, songs n lyrics. some of those lyrics actually give me strength to go on with my miserable life. those kind of song like mengjar bintang, syurga, tanpa kamu, beautiful and others sometimes giving me full of very powerful meaning. and kadang2 effect hidup aku...

To The Fins members, aku respect korg n aku support korg n aku akn tlg korg if aku boleh utk korg naik sama sama ngn artis indie yg ada kat malaysia nih...aku tlg promote n menyibuk curi2 and promote2 n editing gmbr korg mcm yg aku tgh buat sekarang. maybe bile aku dah xde kt penang nnt aku dah xkn ade kesempatan nk jmpe ngn korg n sembang2 n lepak2 ngn korg..dan siapa tahu waktu aku dah xde ngn korg tibe2 aku dpt tau korg dah setaraf ngn budak2 indie lain kt malaysia...

So, now let's get to know them first..pada yg dah kenal keep on reading ye...

ok...penat betol oter gmbr nih...fuh! ok this one played as the vocalist of this group and of course as lead guitarist. nama penuh...xpyh la aku sebut kt cni...and tuan punya badan nih sendiri pon hanya mahu dikenali sebagai nama commersial nya iaitu Malie. dulu waktu mula kenal dia ada ckp dia asal mane...tp aku dah xigt...but hell yes! aku dah tgk fb die..die asal Taiping, Perak. kalau korg dgr lagu2 dorg nih...yang menyanyi tu...hah! suara die la tu...pernah sekali je aku gi karoke ngn die..and yep...i bet u!! He really really had a very good voice!! very talented!! die nih kira senior aku la kat uitm...amek electrical engineering mcm aku jgk...aku rse budak2 electric mcm kami nih memg berbakat dlm bidang music la....hahhahah...well, org nye peramah, kelakar, hensem pon hensem..huhu...baik hati, boleh di katakan character die nih sgt interesting..and...ade gak antara member2 aku kalau aku tnjuk die nih kt dorg, ade yg tny...dah kawen ke??ooppsss...single or x...find out sendiri la gurls...hahah! ok next!!


ok...now.. he is Syai..very really nice name n easy for people to remember him because of his unique name, coming from seberang jaya, pulau pinang. Don't judge a book by its cover. Don't judge a person by their appearance. hehe... Syai nih muka je nmpk garang...but dlm hati ada taman...first time tgk die..aku igt die nih mcm garang la..takut nk baik ngn die..but bile once dah berkawan...baru kita tawu die nih baik hati sebenar nya...he also had a quite good looking, cute, handsome, awesome, interesting, macho, smart face! hahah...jgn bg die bce blog nih...nnt terbang sampai bulan!! well, ok...he played as the second guitarist for this music band.he is very talented...aku tgk die main gitar mmg nk gugur jantung la..he is really good in that! according to stories, his talent is discovered by the vocalist Fins sendiri iaitu Malie. ok....dah xleh ckp byk2 pasal die...nnt timbul kontroversi susah aku nk menjawab kang!hahah...next!!


orait....seperti yg dpt kita lihat dengan nama di atas...inilah sham the basist for this group. ingin aku mention kat sini..sham also one of my boyfriend's best friend!!heheh...ok now story bout his talent playing base guitar.yep of course he is very good in that. well, aku xtawu sgt nk ckp pasal sham nih sbb aku xbrape kenal sgt die..but yg aku tawu dia mmg boleh main base dengan sgt baik. good for Fins also! untuk sham, teruskan bermain untuk Fins!! :) next!!!!



alamak...apesal pic kau kecik ek???huhu...its ok la...ok...Tarra!!! now we meet the drummer!!! he is known as Matt among of his frens! and also i guess will be his commersial name later...his talent playing drum is discovered also by Malie! aku dah beberapa kali ikut dorg training dulu...and i think die nih ade very high potential utk Fins..and ape lg aku nk ckp pasal die?? dah memg die boleh main drum!! sbb tu die drummer...selain drummer die pon boleh men guitar..pernah sekali aku tgk die lead..and yep! he is good!huhu....

so...itu la The Fin Chemistry..band yg mungkin bakal mencipta sejarah dalam industri music indie tanah air. satu je reason kenape aku bangga dgn mereka...sbb aku nmpk bakat dan kesungguhan mereka untuk mencipta nama dan berdiri atas kaki sendiri bagi menaikkan music dan lagu ciptaan mereka sendiri. Plus dorg lak kwn2 aku..xkn aku nk kondem dorg kot..mesti la aku sokong and jd fan number 1 dorg!!!



erk!! aku xtawu knape..tp kalau korg tgk profile Fin Chemistry kat fb korg kan nmpk Fins ade 2 team manager. one of them is Mr. E. and this is the pic of Mr. E and also aku nk mention disini dia lah boyfriend aku...he also good in base guitar. tp die men mse training je.mse performance......errr....dun wanna say a word la...hahah...I Love You...



dan akhir kata...aku harap dan doakan semoga Fin Chemistry bakal mencipta nama dan berdiri setanding dgn band2 indie yg dah berjaya dan terkenal dlm industri muzik Malaysia. Cheers for The Fins!!! Hip Hip Hooray!!!

p/s : korg2 enjoy la dgr lgu2 fin chemistry di..... www.facebook.com/Fin-Chemistry...

Whitney houston- I will always love you, live



If I should stay
I will only be in your way
So I'll go
But I know
I'll think of you in every step of
the way......

aku xtawu nk ckp ape...aku xtawu nk wat ape...aku sgt syg kan kau...tp kenape setiap perbuatan kau menyakitkan hati aku??? kenape aku slalu harap kau sygkan aku sama mcm org len syg kan aku...bukan org len mslh nye...aku nk kau syg aku mcm tu...bukan org lain...faham la...aku rindu kan kita yg dulu...tp walau mcm mne hati aku menjerit merayu kasih sayang kau kembali mcm dulu...aku tawu aku xkn dpt balik perasaan tu...walau sebanyak mana aku kata aku syg kan kau..aku tahu hati kau xkn sama lg mcm dulu...aku xtawu kt mna silap nya..aku sedih...hati aku pedih..pedih setiap kali aku rsekan kasih org lain terhadap aku yg mne bukan dri hati kau..dan disebabkan itu..aku buat keputusan untuk pergi...sbb aku xmampu untuk menyayangi org len mcm aku sygkan kau...drpd lg lama n lg ramai n lg byk hati yg sakit..lebih baik aku hilg dri pndangan mata kau dan org2 yg menyayangi aku...kenangan dekat cni aku abadikan dlm ingatan sbb xde gmbr atau apa2 yg menzahirkan hubungan kita...kita jarang ambil gmbr bersama...aku pun xtawu kenapa..cme apa yg kita lalui, apa yg kita buat sama2, kemana kita pergi, setiap perkataan yg kau katakan, apa saja yg kau lakukan utk aku, mimik muka kau, rambut kau, kereta kau, gaya kau berjalan, perangai kau, ketawa kau, marah2 kau, air mata kau, dan setiap tapak kau bersama aku, aku hanya ada rekod dlm minda aku...kalau aku ditakdirkan hilang ingatan mgkin dah xkn ade lg kenangan kita tu....dan yg paling aku xkn lupa, genggaman tgn kau saat kau cakap kau sayangkan aku sepenuh hati kau dan aku terima kau seadanya kau....maafkan aku bila aku xde lg di mata kau..maaf bila aku menahan diri drpd hantar msg kat kau..maafkan aku bila aku cuba lost contact dgn kau walaupun aku xnk...aku xtawu kenapa kau lakukan ini kat aku...kau berubah....dah xmcm dulu...genggaman kau kat tgn aku pon dah xerat mcm dulu...kalau dulu, nk tukar gear pon kau pegang jgk tgn aku...apa salah aku? bila aku tny n bangkitkan soal nih kau ckp kau masih sygkan aku...kau ckp kau cuba utk menyayangi aku seperti dulu...aku tunggu...dan menunggu...sampai skarg aku masih lg menunggu...tp maafkan aku bila aku xlg dpt tunggu kau...dalam senyuman yg aku ukirkan di mata kau tersimpan luka yg aku sndri xtawu nk ckp mcm mne hebat nya...


aku dah xmampu nk tulis lagi...dah xreti aku nk tergkn betapa aku sakit...sakit menyayangi kau...sakit mencintai kau...jd...lgu nih utk kau...